CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 19, 2008

AKU DAN RAKAN-RAKAN


Gambar ini diambil ketika pertama kali ke Hutan Lipur Sungai Kanching...

Petua

1)Penjagaan Kulit Wajah

Bahan-bahannya:

Sebiji Tomato
Sebiji Lobak Merah
Sebiji Epal

Cara-caranya:

Kisar semua bahan di atas, kemudian masukkan ke dalam sebiji gelas dan hidangkan.



2)Penjagaan Tubuh Anda

Bahan-bahan:

Daun Lidah Buaya


Cara-caranya:

Buangkan kulit dan durinya
kemudian ambil lendirnya dan sapu ke atas kulit.
Diamalkan selalu, insyaallah...pasti kulit anda akan berseri-seri.

Wednesday, March 12, 2008

TEKS-MULTIMEDIA

Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran Universiti Tempatan

Universiti di Malaysia kini menghadapi arus kepesatan globalisasi. Sasaran siswazah cemerlang ialah berilmu, berdisiplin, dan berkepimpinan. Cabaran dalam sistem universiti tempatan adalah mutu dan kualiti siswazah, suasana belajar yang tidak positif, kurikulum yang memerlukan pengubahsuaian, pendekatan, pengajaran yang kurang mencabar, dan kelemahan menguasai bahasa Inggeris. Langkahnya ialah menggubal kurikulum yang seimbang, melatih kemahiran mengajar, kerjasama antara fakulti, dan memastikan program mencapai piawaian. Kesimpulannya, sikap pensyarah perlu diubah daripada amalan lama kepada yang lebih positif.
Jenis dan Ciri Laras Bahasa

Laras bahasa terbahagi kepada dua iaitu laras biasa dan laras khusus. Laras biasa ialah laras yang diaplikasikan untuk masyarakat umum untuk bidang hiburan, laporan sukan, berita sukan, pengetahuan dan penerangan, syarahan, rencana, penyampaian maklumat dan pemujukan. Laras khusus pula, merujuk kepada kegunaan khalayak khusus, seperti dalam rencana berkenaan bidang sains, laporan dan ulasan buku. Seterusnya terdapat tiga pembeza yang dapat membezakan antara laras biasa dengan laras khusus, iaitu kosa kata, tatabahasa dan gaya laras-laras itu.

PENTERJEMAHAN

PENTERJEMAHAN DALAM TEKS SASTERA

Sastera didefinasikan sebagai
Kekangan dalam terjemahan teks sastera:
Terjemahan teks yang berbentuk sastera dilakukan oleh seorang penulis, susah untuk diterjemahkan kerana ditentukan oleh bakat semula jadi yang ada pada penulis itu sendiri, dan oleh ilhamnya semasa dia sedang berkarya.

Seorang penulis dalam bidang sastera juga apabila untuk menghasilkan ssuatu karya meraka, mereka berkarya tanpa memikirkan dahulu secara terperinci bagaimana rupa bentuk karya yang hendak dihasilkan. Seorang penulis juga berkarya mengikut dorongan bakat mereka semata. Seorang penulis tidak menitik beratkan soal isi dan bentuk karya maka menyebebkan timbulnya kesukaran dalam teknikal penterjemahan.Maka bentuk asal sesuatu karya akan rosak kerana kehilangan makna asal kerana penterjemah terpaksa untuk mengorbankan salah satu isi di dalam karya untuk melakukan aktiviti terjemahan.

Maka disini seorang penterjemah untuk menterjemah yang berkaitan dengan teks sastera, mereka perlu :
  • Menerangkan ciri-ciri karya tersebut secara sistematis dengan bantuan teori yang ada pada para pengkritik
  • Mereka tidak boleh mempunyai sikap bahawa mereka aboleh bekerja sebagaimana para penulis bekerja iaitu sebagai penulis ilham mereka boleh datang pada bila-bila masa sahaja untuk menghasilkan sesuatu karya tetapi sebaliknya kepada penterjemah.
  • Penterjemah adalah berbeza bidang kerjayanya.
  • Seorang penterjemah harus meneylidiki dan memahami bentuk serta isi karya itu terlebih dahulu dan selepas itu barulah mereka boleh melakukan proses penterjemahan.
  • Seorang penterjemah juga adalah perlu untuk mengetahui jenis-jenis perubahan yang boleh dibuat.
  • Mereka juga perlu untuk mengetahui teknik-teknik untuk melakukan pelbagai perubahan.
  • Teknik-teknik mengurangkan kesusahan akibat perubahan tersebut yan telah dilakukan.

Kesimpulannya penterjemahan yang berbakat dia masih dapat melahirkan terjemahan yang baik dari sudut kesan keindahannya untuk dikekalkan. Penterjemah sastera juga hanya mahu menghasilkan karya yang menyerupai karya asalnya.

Kecemerlangan Pendidikan Utama falsafah Pendidikan Negara

Kecemerlangan Pendidikan Utama Falsafah Pedidikan Negara

Terima kasaih saudara pengerusi majlis, Yang Berusaha Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Mas, pengetua-pengetua, guru-guru serta para pelajar sekalian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. “Kecemerlangan Pendidikan Tuntutan Utama Falsafah Pendididkan Negara”. Demikianlah tajuk ucapan saya.

Sebelum saya pergi dengan lebih jauh lagi, izinkn saya mendefinasikan konsep tajuk ini. Kecemerlangan dalam pendiddikan mengungkap seribu makna. Frasa ini berhubung kait dengan perjuangan untuk mengangkat maruah serta martabat individu, bangsa, agama dan Negara. Kecemerlangan bermaksud kegemilangan, keindahan, keelokan ,manakala pendidikan pula proses penerapan ilmu dan nilai-nilai murni. Tuntutan Falsafah Pendidikan pula ialah tuntutan yang bersungguh – sungguh bagi merealisasikan kehendak dan aspirasi Negara demi mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kecermelangan pendididkan merupakan citra dan intipati falsafah pendidikan Negara dan kini menjadi pengisian wadah Wawasan 2020. Sesungguhnya, insan yang cermelang hanya dapat dilahirkan melalui sistem pendidikan yang cemerlang dan terancang.

Hadirin sekalian,
Pada hemat saya, corak pendidikan yang cemerlang adalah yang sesuai ,serasi dan berkemampuan untuk merealisasikan falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020. Dari perspektif pendidikan insan,merujuk kepada tiga dimensi utama iaitu rohani, intelek dan jasmani. Dari perspektif ilmu pula, pendididkn bersepadu merujuk kepada keperluan manusia terhadap ilmu kemanusiaan untuk membolehkan manusia menjalinkan hubungan sesama manusia.

Hadirin hadirat sekalian,
Dunia kita didorong oleh perubahan yang amat pantas kerana oleh di gerakan oleh teknologi dan ledakan maklumat Peubahan yang mendatangkan kesan yang amat besar terhadap kehidupan manusia perlu berubah. Jika tidak, bukan sahaja ciptaan seperti teknologi menjadi lapuk,malah mnusia sendiri akan ketinggalan dan menjadi kuno. Tanpa kecermelangan pendidikan,tidak mungkin kita mengalami perubahan yang di harapkan. Kita perlu mempelajari ilmu yang mempunyai teknologi yang tinggi dimana sahaja samaada di Negara barat atau timur.

Sidang Hadirin pencinta ilmu,
Tanggungjawab menjayakan hasrat ini terpikul pada pundak generasi muda hari ini. Seandainya kita hany berpeluk tubuh,necaya impian ini hanya tinggal kosong. Menurut perangkaan Negara memerlukan kira-kira 70,000 orang jurutera pada tahun 2020. Hasrat ini tidak mungkin akan tercapai sekiranya anak-anak muda kita tidak berjuang habis-habisan untuk mencapai kecermelangan dalam pendidikan. Oleh sebab itu, masa yang terluang haruslah di isi dengan aktiviti yang boleh melatih dan mengasuh minda kita agar seniasa cergas dan dinamik. Tegasnya kecermelangan dalam pendididkan bukan hanya diperolehi menerusi bilik-bilik darjah atau dewan-dewan kuliah ,malahan ilmu di perolehi di mana-mana sahaja asalakan kita berusaha untuk mencarinya.

Saudara saudari sekalian,
Kecermelangan pendidikan menjamin keutuhan Negara. Keutuhan dan kestabilan Negara bergantung kepada sebahagian besarnya pada perpaduan Negara. Perpaduan merupakan faktor utama yang membolehkan sesuatu organisasi atau masyarakat memaksimunkan tenaga ,usaha,fikiran dan produktiviti . Sesungguhnya perpaduan akyat berhubung kait dengan kecermelangan dalam pendidikan. Rakyat yang berpengetahuan tinggi mempunyai kematangan dalam berfikir. Mereka tidak mudah melatah terhadap isu yan remah temah kerana mereka sedar berapa mahalnya harga keamanan dan keharmonian. Golongan ini tidak akan bertindak secara melulu,bahkan mereka pandai bertindak secara diplomasi. Rakyat yang lahir daripada kecermelangan pendidikan tidak di pengaruhi oleh anasir-anasir yang ingin menghuru-harakan ketenteraman hidup kita. Lantran itu,setiap rakyat perlu di beri kesemptanuntk mencapai kecermelangan dalam apa jua bidang.

Sidang hadirin yang di muliakan,
Sedarkah saudara saudari bahawa islam menuntut penganutnya mencapai kecermelangan dalam pendidikan .Ilmu menuntut ilmu setinggi yang termampu berdasarkan sabda s.a.w bermaksud,’menuntut ilmu di wajibkan ke atas orang islam lelaki dan perempuan. Kita tidak harus bersikap pasif terhadap ilmu pengetahuan”. Disamping itu,Allah memberi jaminan bahawa orang beriman dan berilmu mendapat tempat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat. Dengan wujudnya kesedaran ini,manusia yan berilmutidak akan bersikap takbur ,sombong diri, memperkecilkan kemampuan orang lain atau berasa puas dengan ilmu yan di perolehinya, sebaliknya ilmu akan menjadikan orang berbudi bahasa, merendah diri,berakhlak mulia dan takut akan allah. Oleh sebab itu, saudara saudari sekalian, jelaslah bahawa kecermelangan yang menjadi tuntutan Falsafah Pendidikan Negara itu harus menjadi teras kehidupan kita.

Sidang hadirin yang di muliakan.
Jika geroda sayapnya patah
Puteri cina bermuram diri
Jika ada silap dan salah
Diri yang hina menyusun jari
Memohon maaf penutup bicara.

“KITA BERILMU KITA BERJAYA”

Sekian terima kasih.

SAJAK SAHABAT

ERTI PERTEMUAN


Kita berjumpa dalam sebuah pertemuan
Yang tidak pernah dirancang
Yang tidak pernah kita duga…
Dan
Yang tidak pernah kita impikan…

Namun…
Pertemuan ini telah melakarkan satu titik
Kenangan yang terkandung
Seribu Kebahagiaan…
Seribu Kekecewaan…
Dalam erti persahabatan yang sebenar

Walaupun kita sering bermasam muka,
Bercanggah pendapat dan berbeza cita rasa
Tetapi….
Kita mempunyai arah tujuan hidup yang sama
Iaitu sama-sama ingin mencari kebahagiaan
Dan kesenangan

Kini…
Kita semakin dewasa dalam erti kehidupan
Pertemuan ini telah mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa
Dalam menghadapi hari yang mendatang
Yang penuh dengan pancaroba…

Daku bahagia ditemukan dengan kalian…
Tiada siapa dapat mengantikan kalian
Walaupun
Seiras wajah…


Nukilan:
3 Jan 2008

Tuesday, March 11, 2008

BAHASA MELAYU KLASIK

Hikayat Iskandar Zulkarnaian
Teks yang digunakan dalam perbincangan ini ialah teks yang telah diselenggarakan oleh Khalid Hussain, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1968. Khalid menstransliterasikan teks ini berdasarkan micro-card Codex Orientalis 1696 yang diperoleh oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka daripada Perpustakaan Universiti Leiden. Walaupun dalam keterangannya Khalid mengatakan bahawa banyak kekeliruan tentang jalan cerita, tetapi beliau mengekalkan isi teks tanpa membuat sebarang pembetulan. Dan ini dikatakan oleh Chamamah (1991) yang meneliti teks selenggarakan Khalid sebagai “… lahir satu suntingan yang sulit dibaca dan difahami”.
Walau bagaimanapun, kesulitan yang dikatakan oleh Chamamah itu dapat diatasi sekiranya kita membaca teks ini dengan berhati-hati. Hal ini kerana jalan cerita yang terputus atau tergantung didapati akan bersambung dengan bahagian yang lain (Khalid, 1986:ix). Menurut Khalid, kekeliruan yang berlaku itu adalah disebabkan oleh kemungkinan penterjemahannya mencampuradikkan cerita-cerita Iskandar yang terdapat dalam bahasa Arab dan Parsi ke dalam hikayat yang telah ditransliterasikannya itu.

Teks suntuingan Khalid ini dibahagikan kepada sepuluh bab, iaitu Asal Usul Raja Iskandar , Raja Iskandar dilahirkan, Nabi Khaidir Menyelamatkan Raja Iskandar, Raja Iskandar Menyebarkan Agama Islam, Raja Abud dari Negeri Jabarsa Ditewaskan, Perjalanan Raja Iskandar Ke Negara-negara Maghrib, Raja Negara Mahgrib Diislamkan, Raja Salam Menewaskan Kaum Alwah, Raja Khabta Memeluk Islam Agama Islam, dan Pengembaraan dan Perkahwinan Raja Iskandar Zulkarnain.

Dalam Hikayat Iskandar Zulkarnain, tokoh wiranya, iaitu Iskandar Zulkarnain ialah anak kepada Raja Darab Rumi dari Parsi. Datuknya ialah raja di negeri Parsi, iaitu Raja Bahaman yang berkahwin dengan puterinya sendiri. Dari segi sejarah, terdapat seorang raja yang pernah menakluki dunia di sebelah timur hingga ke barat, iaitu yang dikenali sebagai Alexandar The Great anak raja negeri Macedonia yang juga bernama Iskandar anak Philip keturunan Yunani dan pernah menjadi anak murid kepada Aristotle seorang ahli falsafah Greek yang agung. Dalam al-Quran pula berdasarkan surah al-Kahfi ayat 83-99 terdapat seorang tokoh yang bernama Zulkarnain yang ada persamaannya dengan kisah Raja Iskandar dalam Hikayat Iskandar Zulkarnain. Walau bagaimanapun, dalam al-Quran, kisah Zulkarnain tidak langsung dikaitkan dengan watak Nabi Khaidir yang sangat memainkan peranan penting sebagai pengiring, pembantu, penasihat, dan guru Raja Iskandar. Malahan, nama Zulkarnain ialah nama yang diberikan oleh Nabi Khaidir kepada Raja Iskandar ketika Raja Iskandar mendapat dua butir batu manikam yang sangat indah sepanjang sejengkal dan tebalnya tiga jari. Batu itu ditempa dan dijadikan seperti bentuk tanduk oleh Raja Iskandar (Khalid, 1967 : 193-197).