CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, February 27, 2008

PERISTILAHAN

Pengenalan
Perkataan istilah mengikut Pedoman Umum Pembentukan Istilah (1989) mendefinisikan istilah sebagai kata atau gabungan kata yang jelas dengan menerangkan makna konsep proses, keadaan atau ciri-ciri khusus dalam bidang yang tertentu.
Kamus Dewan edisi keempat pula mendefinisikan, istilah sebagai perkataan atau rangkai kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Selain itu, Kamus Dewan juga mendefinisikan peristilahan sebagai konsep yang berkaitan dengan istilah iaitu pembentukan istilah.

Semenjak pembentukan istilah yang telah bermula pada tahun 1957 lagi telah mewujudkan pelbagai istilah dalam semua bidang.
Contohnya:
  • bidang saintifik
  • ekonomi
  • perubatan
  • dan sebagainya
Dalam bidang perundangan juga pembentukan istilah tidak ketinggalan. Keadaan ini dapat dilihat dengan pembentukan Jawatankuasa Istilah Undang-Undang Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah ditubuhkan pada 5 Disember 1963. Pada 23 April 1980, jawatankuasa ini telah dinaikkan tarafnya kepada Jawatankuasa Istilah Undang-Undang Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia (JKTBM). Badan ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk membentuk istilah undang-undang dalam bahasa Malaysia.

0 comments: