CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 5, 2008

DIALEK

KEWUJUDAN DIALEK
Bahasa Melayu merupakan sejenis bahasa yang digunakan oleh orang Melayu dan bahasa ini telah lama wujud dalam sejarah. Pada awalnya, bahasa ini digunakan di Timur Tengah dan Barat Sumatera, Melaka, Linggi, dan Pulau Riau. Pada tahun 1957, iaitu selepas Malaysia mendapat kemerdekaan, bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi, bahasa pentadbiran dan bahasa perantaraan di sekolah.

Bahasa Melayu pada mulanya merupakan bahasa bagi bangsa dan suku Melayu di Asia Tenggara. Namun begitu, bahasa Melayu telah mengalami perkembangan yang pesat dan diiktiraf selaras dengan termaktubnya dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia dan Akta Kebangsaan 1963/67 ( Semakan 1971 ) yang mana bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini.

Pada masa ini, perlaksanaan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan dan pentadbiran sedang dijalankan secara progresif. Di samping itu juga, bahasa Melayu dikehendaki memenuhi peranannya sebagai saranan budaya yang tinggi iaitu sebagai bahasa yang mengungkapkan konsep dan pemikiran teknis yang maju. Bagi memenuhi peranan ini, kita berhadapan dengan masalah kekurangan penguasaan ahli-ahli ilmu dan ragam bahasa Melayu yang standard dan berstatus tinggi (Nik Safiah Karim, 1986: vii).

Keakraban di dalam komunikasi manusia dengan cara menggunakan bahasa seterusnya akan mewujudkan dialek. Menurut James T. Collins, komunikasi yang paling akrab serta pengutaraan perasaan yang paling intim dilakukan dengan dialek daerah (1989 : 199).

Penggunaan bahasa yang pelbagai variasi mengikut daerah-daerah tertentu, seterusnya akan mewujudkan kepelbagaian dialek. Menurut A. Teeuw, dialek –dialek akan mewujudkan kepelbagaian dialek setempat di Semenanjung Malaysia sebenarnya adalah variasi daripada Bahasa Melayu (1961 : 43). Setakat ini, terdapat beberapa dialek tempatan yang telah dikaji oleh ahli-ahli linguistic tempatan dan luar negeri. Namun demikian, teradpat beberapa subdialek yang masih belum diusik dan dikaji.

Secara langsung atau tidak, apabila seseorang itu berbicara pasti akan diketahui dari mana asalnya. Paling tidak, di mana ia dibesarkan atau bermastautin. Menurut Anisah Abdullah, melalui gaya pertuturan seseorang, boleh diketahui dari mana asal seseorang itu (1994 : 1). Keadaan ini menunjukkan bahawa dialek begitu kuat mempengaruhi bahasa pertuturan seseorang. Dialek banyak memainkan peranan dalam kehidupan masyarakat. Contohnya, melalui dialek-dialek yang berbeda di Semenanjung Malaysia, telah wujud pelbagai bentuk kesenian. Antaranya ialah ‘Boria’ yang menggunakan dialek Kedah – Pulau Pinang. ‘Canggung’ pula menggunakan dialek Perlis dan ‘Dikir Barat’ pula mengutarakan dialek Kelantan. Kesenian-kesenian yang lain termasuklah ‘Wayang Kulit’, ‘Rodat’, ‘Ghazal’, ‘Bongai’, dan ‘Mak Yung’.

0 comments: