Thursday, April 17, 2008
Tuesday, April 1, 2008
Wednesday, March 19, 2008
Petua
1)Penjagaan Kulit Wajah
Bahan-bahannya:
Sebiji Tomato
Sebiji Lobak Merah
Sebiji Epal
Cara-caranya:
Kisar semua bahan di atas, kemudian masukkan ke dalam sebiji gelas dan hidangkan.
2)Penjagaan Tubuh Anda
Bahan-bahan:
Daun Lidah Buaya
Cara-caranya:
Buangkan kulit dan durinya
kemudian ambil lendirnya dan sapu ke atas kulit.
Diamalkan selalu, insyaallah...pasti kulit anda akan berseri-seri.
Posted by Putrey Asmida at 3:45 PM 0 comments
Wednesday, March 12, 2008
TEKS-MULTIMEDIA
Universiti di Malaysia kini menghadapi arus kepesatan globalisasi. Sasaran siswazah cemerlang ialah berilmu, berdisiplin, dan berkepimpinan. Cabaran dalam sistem universiti tempatan adalah mutu dan kualiti siswazah, suasana belajar yang tidak positif, kurikulum yang memerlukan pengubahsuaian, pendekatan, pengajaran yang kurang mencabar, dan kelemahan menguasai bahasa Inggeris. Langkahnya ialah menggubal kurikulum yang seimbang, melatih kemahiran mengajar, kerjasama antara fakulti, dan memastikan program mencapai piawaian. Kesimpulannya, sikap pensyarah perlu diubah daripada amalan lama kepada yang lebih positif.
Laras bahasa terbahagi kepada dua iaitu laras biasa dan laras khusus. Laras biasa ialah laras yang diaplikasikan untuk masyarakat umum untuk bidang hiburan, laporan sukan, berita sukan, pengetahuan dan penerangan, syarahan, rencana, penyampaian maklumat dan pemujukan. Laras khusus pula, merujuk kepada kegunaan khalayak khusus, seperti dalam rencana berkenaan bidang sains, laporan dan ulasan buku. Seterusnya terdapat tiga pembeza yang dapat membezakan antara laras biasa dengan laras khusus, iaitu kosa kata, tatabahasa dan gaya laras-laras itu.
Posted by Putrey Asmida at 4:54 PM 0 comments
PENTERJEMAHAN
Sastera didefinasikan sebagai
Kekangan dalam terjemahan teks sastera:
Terjemahan teks yang berbentuk sastera dilakukan oleh seorang penulis, susah untuk diterjemahkan kerana ditentukan oleh bakat semula jadi yang ada pada penulis itu sendiri, dan oleh ilhamnya semasa dia sedang berkarya.
Seorang penulis dalam bidang sastera juga apabila untuk menghasilkan ssuatu karya meraka, mereka berkarya tanpa memikirkan dahulu secara terperinci bagaimana rupa bentuk karya yang hendak dihasilkan. Seorang penulis juga berkarya mengikut dorongan bakat mereka semata. Seorang penulis tidak menitik beratkan soal isi dan bentuk karya maka menyebebkan timbulnya kesukaran dalam teknikal penterjemahan.Maka bentuk asal sesuatu karya akan rosak kerana kehilangan makna asal kerana penterjemah terpaksa untuk mengorbankan salah satu isi di dalam karya untuk melakukan aktiviti terjemahan.
Maka disini seorang penterjemah untuk menterjemah yang berkaitan dengan teks sastera, mereka perlu :
- Menerangkan ciri-ciri karya tersebut secara sistematis dengan bantuan teori yang ada pada para pengkritik
- Mereka tidak boleh mempunyai sikap bahawa mereka aboleh bekerja sebagaimana para penulis bekerja iaitu sebagai penulis ilham mereka boleh datang pada bila-bila masa sahaja untuk menghasilkan sesuatu karya tetapi sebaliknya kepada penterjemah.
- Penterjemah adalah berbeza bidang kerjayanya.
- Seorang penterjemah harus meneylidiki dan memahami bentuk serta isi karya itu terlebih dahulu dan selepas itu barulah mereka boleh melakukan proses penterjemahan.
- Seorang penterjemah juga adalah perlu untuk mengetahui jenis-jenis perubahan yang boleh dibuat.
- Mereka juga perlu untuk mengetahui teknik-teknik untuk melakukan pelbagai perubahan.
- Teknik-teknik mengurangkan kesusahan akibat perubahan tersebut yan telah dilakukan.
Kesimpulannya penterjemahan yang berbakat dia masih dapat melahirkan terjemahan yang baik dari sudut kesan keindahannya untuk dikekalkan. Penterjemah sastera juga hanya mahu menghasilkan karya yang menyerupai karya asalnya.
Posted by Putrey Asmida at 4:35 PM 0 comments
Kecemerlangan Pendidikan Utama falsafah Pendidikan Negara
Terima kasaih saudara pengerusi majlis, Yang Berusaha Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Mas, pengetua-pengetua, guru-guru serta para pelajar sekalian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. “Kecemerlangan Pendidikan Tuntutan Utama Falsafah Pendididkan Negara”. Demikianlah tajuk ucapan saya.
Sebelum saya pergi dengan lebih jauh lagi, izinkn saya mendefinasikan konsep tajuk ini. Kecemerlangan dalam pendiddikan mengungkap seribu makna. Frasa ini berhubung kait dengan perjuangan untuk mengangkat maruah serta martabat individu, bangsa, agama dan Negara. Kecemerlangan bermaksud kegemilangan, keindahan, keelokan ,manakala pendidikan pula proses penerapan ilmu dan nilai-nilai murni. Tuntutan Falsafah Pendidikan pula ialah tuntutan yang bersungguh – sungguh bagi merealisasikan kehendak dan aspirasi Negara demi mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kecermelangan pendididkan merupakan citra dan intipati falsafah pendidikan Negara dan kini menjadi pengisian wadah Wawasan 2020. Sesungguhnya, insan yang cermelang hanya dapat dilahirkan melalui sistem pendidikan yang cemerlang dan terancang.
Hadirin sekalian,
Pada hemat saya, corak pendidikan yang cemerlang adalah yang sesuai ,serasi dan berkemampuan untuk merealisasikan falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020. Dari perspektif pendidikan insan,merujuk kepada tiga dimensi utama iaitu rohani, intelek dan jasmani. Dari perspektif ilmu pula, pendididkn bersepadu merujuk kepada keperluan manusia terhadap ilmu kemanusiaan untuk membolehkan manusia menjalinkan hubungan sesama manusia.
Hadirin hadirat sekalian,
Dunia kita didorong oleh perubahan yang amat pantas kerana oleh di gerakan oleh teknologi dan ledakan maklumat Peubahan yang mendatangkan kesan yang amat besar terhadap kehidupan manusia perlu berubah. Jika tidak, bukan sahaja ciptaan seperti teknologi menjadi lapuk,malah mnusia sendiri akan ketinggalan dan menjadi kuno. Tanpa kecermelangan pendidikan,tidak mungkin kita mengalami perubahan yang di harapkan. Kita perlu mempelajari ilmu yang mempunyai teknologi yang tinggi dimana sahaja samaada di Negara barat atau timur.
Sidang Hadirin pencinta ilmu,
Tanggungjawab menjayakan hasrat ini terpikul pada pundak generasi muda hari ini. Seandainya kita hany berpeluk tubuh,necaya impian ini hanya tinggal kosong. Menurut perangkaan Negara memerlukan kira-kira 70,000 orang jurutera pada tahun 2020. Hasrat ini tidak mungkin akan tercapai sekiranya anak-anak muda kita tidak berjuang habis-habisan untuk mencapai kecermelangan dalam pendidikan. Oleh sebab itu, masa yang terluang haruslah di isi dengan aktiviti yang boleh melatih dan mengasuh minda kita agar seniasa cergas dan dinamik. Tegasnya kecermelangan dalam pendididkan bukan hanya diperolehi menerusi bilik-bilik darjah atau dewan-dewan kuliah ,malahan ilmu di perolehi di mana-mana sahaja asalakan kita berusaha untuk mencarinya.
Saudara saudari sekalian,
Kecermelangan pendidikan menjamin keutuhan Negara. Keutuhan dan kestabilan Negara bergantung kepada sebahagian besarnya pada perpaduan Negara. Perpaduan merupakan faktor utama yang membolehkan sesuatu organisasi atau masyarakat memaksimunkan tenaga ,usaha,fikiran dan produktiviti . Sesungguhnya perpaduan akyat berhubung kait dengan kecermelangan dalam pendidikan. Rakyat yang berpengetahuan tinggi mempunyai kematangan dalam berfikir. Mereka tidak mudah melatah terhadap isu yan remah temah kerana mereka sedar berapa mahalnya harga keamanan dan keharmonian. Golongan ini tidak akan bertindak secara melulu,bahkan mereka pandai bertindak secara diplomasi. Rakyat yang lahir daripada kecermelangan pendidikan tidak di pengaruhi oleh anasir-anasir yang ingin menghuru-harakan ketenteraman hidup kita. Lantran itu,setiap rakyat perlu di beri kesemptanuntk mencapai kecermelangan dalam apa jua bidang.
Sidang hadirin yang di muliakan,
Sedarkah saudara saudari bahawa islam menuntut penganutnya mencapai kecermelangan dalam pendidikan .Ilmu menuntut ilmu setinggi yang termampu berdasarkan sabda s.a.w bermaksud,’menuntut ilmu di wajibkan ke atas orang islam lelaki dan perempuan. Kita tidak harus bersikap pasif terhadap ilmu pengetahuan”. Disamping itu,Allah memberi jaminan bahawa orang beriman dan berilmu mendapat tempat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat. Dengan wujudnya kesedaran ini,manusia yan berilmutidak akan bersikap takbur ,sombong diri, memperkecilkan kemampuan orang lain atau berasa puas dengan ilmu yan di perolehinya, sebaliknya ilmu akan menjadikan orang berbudi bahasa, merendah diri,berakhlak mulia dan takut akan allah. Oleh sebab itu, saudara saudari sekalian, jelaslah bahawa kecermelangan yang menjadi tuntutan Falsafah Pendidikan Negara itu harus menjadi teras kehidupan kita.
Sidang hadirin yang di muliakan.
Jika geroda sayapnya patah
Puteri cina bermuram diri
Jika ada silap dan salah
Diri yang hina menyusun jari
Memohon maaf penutup bicara.
“KITA BERILMU KITA BERJAYA”
Sekian terima kasih.
Posted by Putrey Asmida at 4:23 PM 0 comments
SAJAK SAHABAT
Kita berjumpa dalam sebuah pertemuan
Yang tidak pernah dirancang
Yang tidak pernah kita duga…
Dan
Yang tidak pernah kita impikan…
Namun…
Pertemuan ini telah melakarkan satu titik
Kenangan yang terkandung
Seribu Kebahagiaan…
Seribu Kekecewaan…
Dalam erti persahabatan yang sebenar
Walaupun kita sering bermasam muka,
Bercanggah pendapat dan berbeza cita rasa
Tetapi….
Kita mempunyai arah tujuan hidup yang sama
Iaitu sama-sama ingin mencari kebahagiaan
Dan kesenangan
Kini…
Kita semakin dewasa dalam erti kehidupan
Pertemuan ini telah mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa
Dalam menghadapi hari yang mendatang
Yang penuh dengan pancaroba…
Daku bahagia ditemukan dengan kalian…
Tiada siapa dapat mengantikan kalian
Walaupun
Seiras wajah…
Nukilan:
3 Jan 2008
Posted by Putrey Asmida at 3:58 PM 0 comments
Tuesday, March 11, 2008
BAHASA MELAYU KLASIK
Walau bagaimanapun, kesulitan yang dikatakan oleh Chamamah itu dapat diatasi sekiranya kita membaca teks ini dengan berhati-hati. Hal ini kerana jalan cerita yang terputus atau tergantung didapati akan bersambung dengan bahagian yang lain (Khalid, 1986:ix). Menurut Khalid, kekeliruan yang berlaku itu adalah disebabkan oleh kemungkinan penterjemahannya mencampuradikkan cerita-cerita Iskandar yang terdapat dalam bahasa Arab dan Parsi ke dalam hikayat yang telah ditransliterasikannya itu.
Teks suntuingan Khalid ini dibahagikan kepada sepuluh bab, iaitu Asal Usul Raja Iskandar , Raja Iskandar dilahirkan, Nabi Khaidir Menyelamatkan Raja Iskandar, Raja Iskandar Menyebarkan Agama Islam, Raja Abud dari Negeri Jabarsa Ditewaskan, Perjalanan Raja Iskandar Ke Negara-negara Maghrib, Raja Negara Mahgrib Diislamkan, Raja Salam Menewaskan Kaum Alwah, Raja Khabta Memeluk Islam Agama Islam, dan Pengembaraan dan Perkahwinan Raja Iskandar Zulkarnain.
Dalam Hikayat Iskandar Zulkarnain, tokoh wiranya, iaitu Iskandar Zulkarnain ialah anak kepada Raja Darab Rumi dari Parsi. Datuknya ialah raja di negeri Parsi, iaitu Raja Bahaman yang berkahwin dengan puterinya sendiri. Dari segi sejarah, terdapat seorang raja yang pernah menakluki dunia di sebelah timur hingga ke barat, iaitu yang dikenali sebagai Alexandar The Great anak raja negeri Macedonia yang juga bernama Iskandar anak Philip keturunan Yunani dan pernah menjadi anak murid kepada Aristotle seorang ahli falsafah Greek yang agung. Dalam al-Quran pula berdasarkan surah al-Kahfi ayat 83-99 terdapat seorang tokoh yang bernama Zulkarnain yang ada persamaannya dengan kisah Raja Iskandar dalam Hikayat Iskandar Zulkarnain. Walau bagaimanapun, dalam al-Quran, kisah Zulkarnain tidak langsung dikaitkan dengan watak Nabi Khaidir yang sangat memainkan peranan penting sebagai pengiring, pembantu, penasihat, dan guru Raja Iskandar. Malahan, nama Zulkarnain ialah nama yang diberikan oleh Nabi Khaidir kepada Raja Iskandar ketika Raja Iskandar mendapat dua butir batu manikam yang sangat indah sepanjang sejengkal dan tebalnya tiga jari. Batu itu ditempa dan dijadikan seperti bentuk tanduk oleh Raja Iskandar (Khalid, 1967 : 193-197).
Posted by Putrey Asmida at 6:47 PM 0 comments
TEKS UCAPAN
Terima kasih saudara pengerusi majlis, Yang Berusaha Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda, pengetua-pengetua, para guru, ibu bapa serta para pelajar sekalian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. “Penculikan: Jenayah Terancang, Kecuaian dan Kealpaan”. Demikianlah tajuk ucapan saya.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Adakah kita semua sudah melupakan kes penculikan adik Nurin Jazlin?, bagaimaan kes culik tersebut berakhir? Sungguh tragis dan bagaimana pula nasib adik Sharlinie yang sehingga hari ini masih lagi belum ditemui? Persoalan demi persoalan dan pelbagai cara sudah dilakukan dalam menyelesaikan kes-kes ini. Namun, sebelum kes culik ini timbul, kita telah digemparkan dengan pelbagai kes rogol, liwat dan bunuh kanak-kanak sejak beberapa tahun yang lalu. Sumber statistik ini telah dibentangkan oleh YB Chong Eng , Ahli Parlimen Bukit Mertajam di parlimen pada 22 March 2006 kira-kira dua tahun yang lalu. Menurut statistik tersebut dari 1984 hingga Feb 2006, terdapat 87 kes rogol dan bunuh. Dari jumlah 87 kes yang kejam ini, hanya 23 kes, atau pun 26.4% di selesaikan dengan pesalah dijatuhkan hukuman.
Hadirin sekalian,
Jenayah seks terhadap kanak-kanak dan remaja di negara yang tercinta ini sungguh membimbangkan kita dewasa ini. Semenjak kes pembunuhan kejam adik Nurin Jazlin, masyarakat mula sedar betapa di luar sana terdapat manusia yang tidak berperikemanusian. Demi memuaskan nafsu serakah mereka, manusia berhati binatang ini sedaya upaya mencari alternatif dengan cara menculik kanak-kanak bagi melampiaskan keinginan tidak terkawal itu. Selepas Nurin Jazlin terdapat lagi beberapa kes rogol dan liwat yang dilaporkan. Terbaru ialah seorang kanak-kanak berumur lima tahun telah dirogol oleh seorang warga Bangladesh. Lelaki warga asing ini dikatakan menyewa bilik di rumah keluarga mangsa di Pangsapuri Intan Baiduri, Seksyen 15, Petaling Jaya. Kanak-kanak tersebut dipercayai telah dirogol 3 kali sejak bulan Oktober semasa keluarganya tiada di rumah. Lelaki berkenaan telah melarikan diri sehelai sepinggang dan sedang dicari polis selepas menyedari seorang tukang sapu ternampak perbuatannya. Malah sebelum terjadinya kes Nurin Jazlin,telah banyak kes culik, rogol dan bunuh yang melibatkan kanak-kanak dan remaja.
Hadirin dan hadirat,
Semua mangsa kes rogol bunuh adalah wanita, ramai di antaranya adalah kanak-kanak kecil, yang termuda sekali hanya berumur enam tahun. Ini menunjukkan wanita dan kanak-kanak kecil menjadi mangsa kes rogol dan bunuh bukan kerana mereka berpakaian seksi. Tetapi kerana mereka adalah golongan lemah yang tidak dapat mempertahankan diri sendiri. Pada hemat saya, kes penculikan kebanyakannya didalangi sindiket haram. Hal ini kerana saya sendiri tidak boleh menerima perbuatan penculikan dilakukan oleh hanya seorang individu. Sebaliknya kes penculikan ini adalah jenayah terancang yang tentunya melibatkan ramai penjenayah. Lebih menyakitkan apabila si penjenayah bermain dengan psikologi rakyat Malaysia dan jelas cuba mencabar kredibiliti serta kemampuan pihak polis.
Hadirin sekalian,
Kanak-kanak mempunyai hak untuk menikmati kebebasan dan ia hanya dapat dilaksanakan jika setiap individu dalam masyarakat bekerjasama memastikan persekitaran untuk anak-anak kita adalah selamat. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab setiap individu dalam masyarakat untuk peka setiap kejadian di sekeliling kita dan segera melaporkannya kepada pihak berkuasa jika wujud sebarang kecurigaan. Hal ini kerana, ibu bapa terpaksa menidakkan hak anak-anak untuk bebas bermain semata-mata kerana ada penjenayah gila yang bebas ke sana sini tanpa ada rasa gentar di hati mereka. Ini merupakan satu penyeksaan kepada anak-anak kita, terpaksa membesar dalam situasi yang membimbangkan malah tidak sihat untuk tumbesaran seorang kanak-kanak.
Sidang pendengar yang bijaksana,
Kesungguhan kerajaan menyediakan persekitaran yang selamat untuk kanak-kanak di negara ini tidak boleh dipersoalkan lagi. Cuma kerajaan tidak mampu menempatkan seorang polis di setiap taman permainan untuk memastikan setiap kanak-kanak di negara ini selamat. Justeru pelbagai pihak, orang perseorangan, pertubuhan bukan kerajaan dan badan-badan korporat perlu sama-sama memainkan peranan masing-masing. Contohnya usaha orang ramai untuk menjejaki Sharlinie dengan menggunakan kaedah masing-masing. Antaranya terdapat banyak bangunan-bangunan kosong yang terbiar di Kuala Lumpur yang mungkin menjadi tempat tinggal mereka yang disyaki telahpun digeledah. Malah, telah banyak poster diedarkan serentak ke seluruh negara dalam menjejaki adik Sharlinie.
Sidang hadirin yang di muliakan,
Dengan gerakan mencari yang dijalankan oleh polis, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), media dan masyarakat umum, adalah amat sukar bagi penculik bergerak tanpa dikesan. Apatah lagi Sharlinie diculik ketika penjenayah kejam yang menculik dan membunuh Nurin Jazlin Jazimin masih belum dapat dijejaki jauh sekali dihadapkan ke muka pengadilan. Pastinya episod sedih yang menimpa Nurin menyebabkan masyarakat kita semakin peka dan pantas bertindak menghulurkan bantuan bagi meringankan beban serta kesedihan yang ditanggung ibu bapa Sharlinie.
Hadirin yang dihormati,
Bukan menuding salah siapa, bukan menuduh kealpaan ibu bapa kerana mengawasi anak-anak adalah tanggungjawab kita bersama. Memang sukar untuk membudayakan anak orang anak kita. Malah dikatakan pula menjaga tepi kainnya. Walau bagaimanapun, kesedaran tidak akan datang bergolek melainkan terjadinya peristiwa malang seperti kes adik Nurin Jazlin Jazimin. Malah banyak lagi kes-kes yang dapat dijadikan iktibar kita semua.
Sidang hadirin yang dimuliakan,
Jika geroda sayapnya patah
Puteri cina bermuram diri
Jika ada silap dan salah
Diri yang hina menyusun jari
Memohon maaf penutup bicara.
“BERSAMA MEMBUDAYAKAN MASYARAKAT PENYAYANG”
Sekian, terima kasih.
Posted by Putrey Asmida at 5:23 PM 0 comments
Wednesday, March 5, 2008
DIALEK
Bahasa Melayu pada mulanya merupakan bahasa bagi bangsa dan suku Melayu di Asia Tenggara. Namun begitu, bahasa Melayu telah mengalami perkembangan yang pesat dan diiktiraf selaras dengan termaktubnya dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia dan Akta Kebangsaan 1963/67 ( Semakan 1971 ) yang mana bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini.
Pada masa ini, perlaksanaan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan dan pentadbiran sedang dijalankan secara progresif. Di samping itu juga, bahasa Melayu dikehendaki memenuhi peranannya sebagai saranan budaya yang tinggi iaitu sebagai bahasa yang mengungkapkan konsep dan pemikiran teknis yang maju. Bagi memenuhi peranan ini, kita berhadapan dengan masalah kekurangan penguasaan ahli-ahli ilmu dan ragam bahasa Melayu yang standard dan berstatus tinggi (Nik Safiah Karim, 1986: vii).
Keakraban di dalam komunikasi manusia dengan cara menggunakan bahasa seterusnya akan mewujudkan dialek. Menurut James T. Collins, komunikasi yang paling akrab serta pengutaraan perasaan yang paling intim dilakukan dengan dialek daerah (1989 : 199).
Penggunaan bahasa yang pelbagai variasi mengikut daerah-daerah tertentu, seterusnya akan mewujudkan kepelbagaian dialek. Menurut A. Teeuw, dialek –dialek akan mewujudkan kepelbagaian dialek setempat di Semenanjung Malaysia sebenarnya adalah variasi daripada Bahasa Melayu (1961 : 43). Setakat ini, terdapat beberapa dialek tempatan yang telah dikaji oleh ahli-ahli linguistic tempatan dan luar negeri. Namun demikian, teradpat beberapa subdialek yang masih belum diusik dan dikaji.
Secara langsung atau tidak, apabila seseorang itu berbicara pasti akan diketahui dari mana asalnya. Paling tidak, di mana ia dibesarkan atau bermastautin. Menurut Anisah Abdullah, melalui gaya pertuturan seseorang, boleh diketahui dari mana asal seseorang itu (1994 : 1). Keadaan ini menunjukkan bahawa dialek begitu kuat mempengaruhi bahasa pertuturan seseorang. Dialek banyak memainkan peranan dalam kehidupan masyarakat. Contohnya, melalui dialek-dialek yang berbeda di Semenanjung Malaysia, telah wujud pelbagai bentuk kesenian. Antaranya ialah ‘Boria’ yang menggunakan dialek Kedah – Pulau Pinang. ‘Canggung’ pula menggunakan dialek Perlis dan ‘Dikir Barat’ pula mengutarakan dialek Kelantan. Kesenian-kesenian yang lain termasuklah ‘Wayang Kulit’, ‘Rodat’, ‘Ghazal’, ‘Bongai’, dan ‘Mak Yung’.
Posted by Putrey Asmida at 5:53 PM 0 comments
Thursday, February 28, 2008
RUKUN NEGARA
menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
atas prinsip-prinsip berikut :-
- KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
- KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
- KELUHURAN PERLEMBAGAAN
- KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
- KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Posted by Putrey Asmida at 5:20 PM 0 comments
Wednesday, February 27, 2008
PERISTILAHAN
Semenjak pembentukan istilah yang telah bermula pada tahun 1957 lagi telah mewujudkan pelbagai istilah dalam semua bidang.
- bidang saintifik
- ekonomi
- perubatan
- dan sebagainya
Posted by Putrey Asmida at 5:45 PM 0 comments
Wednesday, February 20, 2008
PERTAMA KALI
sebelum buat blog ni,
dah berapa malam tidur tak nyenyak sangat.
maklumlah...
kena buat kalendar dulu
buat kalendar seronok juga
jadi...
pening2 pun kena la belajar
Posted by Putrey Asmida at 5:30 PM 0 comments